Tuesday, 21 March 2017

REFLEKSI DIRI

Alhamdulillah dan syukur saya ucapkan kehadrat Ilahi kerana  semasa mengikuti Program Matrikulasi sesi 2016/2017 ini saya berkesempatan untuk mempelajari satu subjek yang tidak pernah saya terfikir iaitu Kemahiran Dinamika. Pada mulanya, saya tertanya-tanya apa yang akan dipelajari dalam subjek tersebut. Saya mengambil subjek Kemahiran Dinamika ini di semester 2. Mula sahaja sesi pembelajaran bagi semester 2, saya mula bertanya kepada kawan-kawan yang mengambil subjek ini di semester 1. Mereka berkata, melalui subjek ini, kita akan diajar tentang diri, personaliti, keyakinan kebolehan dan sebagainya. Sebagai contoh, mereka diminta untuk menyediakan video yang bertemakan kemerdekaan. Saya mula berasa seronok kerana saya suka bahagian-bahagian yang melibatkan komputer. Guru bimbingan saya bagi subjek ini ialah Puan Noorlida. Pelbagai pengetahuan yang saya peroleh menerusi subjek ini


1. Sesi Pengenalan Diri (ice-breaking)



Pada perjumpaan yang pertama. Kami diminta untuk menyediakan video pengenalan diri untuk dipamerkan didalam kelas. Saya rasa sungguh teruja kerana bidang video dan komputer ini sangat saya minati. Saya rasa bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Pada hari yang sama juga saya meminta tolong kawan saya iatu Nurul Auni untuk membantu saya membuat rakaman. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana dengan tugasan yang pertama ini saya dapat mengenali diri saya dengan lebih lagi. Saya belajar cara untuk membuat video. Saya belajar cara untuk mengedit video supaya ia tampak lebih jelas dengan suara yang didengari. Rakaman ini ditayangkan pada perjumpaan kedua kami. Pada mulanya saya berasa malu untuk mempamerkan hasil kerja saya yang tidak seberapa dengan kawan- kawan yang lain. Selepas semua rakaman ditayangkan, alhamdulillah Puan Noorlida memberi komen yang sangat membina diri. Komen-komen yang beliau berikan dapat membangunkan diri seseorang. 

2. Mempelajari Adab Protokol 


Sesi perjumpaan yang seterusnya, kami mempelajari adab-adab protokol yang betul. Kami diminta oleh Puan Noorlida untuk mencari maklumat tentang protokol secara berpasangan. Pada mulanya, saya berfikir, di dalam majlis ada protokol-protokol kah? Selepas mencari maklumat yang dikehendaki. Kami diminta untuk melakukan tunjuk cara di dalam kelas. Saya mendapat bahagian cara duduk yang betul. Pada masa itu, barulah saya mengetahui tentang protokol dan adab yang perlu ada semasa bearada di dalam majlis. Saya merasakan mempelajari tentang protokol ini adalah hal yang sangat remeh-temeh. Kerana subjek ini dijadualkan pada waktu pagi iaitu pada pukul 8 pagi hingga 9 pagi. Dengan rasa mengantuk yang masih berbaki, saya rasa tentang protokol ini sesuatu yang sangat remeh. Tetapi sesuatu yang remeh itulah dipandang oleh orang sekeliling. 

3. Tugasan Berkumpulan - "Kempen Study Smart"

Pembelajaran yang seterusnya, kami diminta bekerja dalam satu kumpulan untuk menyiapkan projek yang kami beri tajuk sebagai " Kempen Study Smart - Adaptasi Cara Belajar Yang Betul ". Seperti biasa saya merasa sangat teruja kerana tugasan ini melibatkan penggunaan aplikasi di dalam telefon bimbit, kamera dan komputer ataupun laptop. Setelah mendapatkam tajuk yang sesuai, kami mula mengagihkan tugasan nengikut kehendak dan kecenderungan yang dimilik. Saya memilih untuk menjadi jurukamera dan juruedit. Tetapi apa yang sangat saya tidak berpuas hati adalah apabila ahli kumpulan saya datang lewat dan tidak menghadirkan diri apabila perjumpaan bagi menyiapkan video ini diadakan. Memandangkan kami mempunyai pengarah projek yang lemah-lembut, saya mengambil alih sedikit tugasan beliau dengan berkata jika ada yang tidak libatkan diri dalam menyiapkan projek ini, kehadiran dikira kosong. Saya minta maaf kawan-kawan tetapi jika saya tidak berbuat begitu mustahil projek yang kita jalankan siap pada waktu yang telah ditetapkan. Seterusnya kami mula membuat rakaman hari demi hari. Alhamdulillah berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan kami telah membuahkan hasil. Rakaman yang dirancang siap direkod dan diedit. Walaupun kami mempunyai jumlah ahli yang sedikit, kami telah buktikan yang kami mampu lakukan projek ini.


4 . Pelancaran " Kempen Study Smart "



Selepas rakaman berjaya dihasilkan. Kami diminta oleh Puan Noorlida untuk melakukan majlis pelancaran projek kami ini. Pada masa ini saya tidak berasa gemuruh kerana saya diberi tugasan untuk menjaga bahagian teknikal komputer semasa majlis sedang dijalankan. Kami menjalankan majlis mengikut adab protokol yang kami pelajari pada awal perjumpaan dahulu. Alhamdulillah ilmu tersebut dapat diguna pakai. Tamat sahaja majlis tersebut, Puan Noorlida tampil untuk memberikan komen. Komen yang diberikan sangat berguna walaupun pada mulanya Puan Noorlida ada memberi komen tentang editing video tersebut. Tetapi saya ambil komen tersebut sebagai satu dorongan untuk saya perbaiki kelemahan. 

5. Pengucapan Awam



Tugasan yang seterusnya ialah kami diarah untuk mencari maklumat tentang tips-tips pembangunan diri. Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk memikirkan tajuk yang sesuai dengan diri saya. Akhirnya saya memilih " Tips Kekal Ramping Dan Sihat " sebagai tajuk pengucapan awan saya. Saya memilih tajuk ini kerana saya sendiri ingin memotivasikan diri saya kerana saya tidak mempunyai struktur tubuh badan yang ramping seperti yang diidamkan oleh wanita-wanita. Saya mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan tajuk saya dibeberapa laman web dan membandingkan maklumat tersebut. Kami diminta untuk menyediakan slide tentang tajuk yang dipilih. Sekali lagi saya berasa teruja dalam sedikit terpaksa untuk menyediakan slide tersebut kerana saya rasa subjek ini telah mengambil sedikit masa saya yang digunakan untuk membuat latihan tutoran subjek teras. Tetapi saya cuba untuk menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Seterusnya, kami diminta untuk mempersembahkan tips pembangunan yang dipilih. Perkara inilah yang sangat saya takuti kerana ianya perlu berdiri di hadapan orang ramai ( rakan kelas dan guru ) dan bentangkan maklumat dan dapatan saya. Saya berasa sangat gementar sehingga terlupa isi-isi dan fakta yang sepatutnya saya terangkan. Tetapi saya telah cuba lakukan dengan baik. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui kelemahan-kelamahan yang ada dalam diri saya. Dengan itu, saya boleh memperbaikinya dengan kaedah yang lain. 

  Kesimpulan yang dapat saya buat disini adalah, mempelajari sesuatu yang kita tidak tahu merupakan perkara yang penting. Hal ini kerana kita dapat menambah pengetahuan kita. Dengan mempelajari subjek Kemahiran Dinamika ini saya dapat mengenal diri saya dengan lebih lagi disamping dapat menambah pengetahuan. Saya rasa bersyukur kerana subjek ini diajar di dalam Program Matrikulasi ini. Ia merupakan sebagai panduan untuk kita hadapi kehidupan di alam Universiti dan alam pekerjaan. 

TIPS KEKAL RAMPING DAN SIHAT

Kesihatan diri merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Pepatah Inggeris ada mengungkapkan bahawa kesihatan adalah kekayaan kerana seandainya kita jatuh sakit, kita tidak dapat merasai nikmat dunia. Dengan itu, kita haruslah mengambil langkah yang tepat untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Disini saya akan berkongsi beberapa tips yang mudah dan tidak perlu menggunakan duit yang boleh digunakan untuk kekal ramping dan sihat.  

Sebelum membaca isi-isi dibawah, anda perlu mengetahui maksud osteoporisi. Osteoporisis adalah kemorosotan kepadatan normal tulang yang akan menyebabkan tulang menjadi rapuh. Masalah ini menyebabkan risiko tulang retak atau patah meningkat.


  1.  Berjalan kaki 
                           

Berjalan kaki telah terbukti akan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Dengan berjalan kaki, ia melatih otot jantung berfungsi dengan baik. anda boleh berjalan disekeliling rumah, di dalam rumah ataupun melakukan turun naik tangga. Berjalan kaki juga dapat membantu tubuh badan membakar lemah yang berlebihan seterusnya mengekalkan berat badan yang ideal. Selain itu, seneman berjalan kaki ini boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes. Satu kajian dalam British Medical Journal menunjukkan berjalan kaki setiap hari boleh membantu mengelakkan kencing manis.Berjalan kaki juga dapat mengurangkan risiko osteoporisis. Berjalan kaki merangsang dan menguatkan tulang dan meningkatkan kepadatan tulang.


2. Senaman Crunches
                            

Seterusnya adalah senaman yang dinamakan crunches. Senaman crunches ini lebih kepada pembentukan abdomen di bawah perut. Senaman ini sesuai untuk perut tidak kira lelaki mahupun wanita. Dengan melakukan senaman crunches ini, lemak sukar terbentuk dibahagian perut seterusnya merampingkan pinggang. Terdapat pelbagai teknik senaman crunches yang boleh dipraktikkan antaranya ialah crunches asas seperti gambar di atas. Anda perlu baring di tempat yang rata. Letakkan tangan di bahagian belakang leher atau silangkan didada. Tarikh nafas dan angkat bahagian belakang badan anda perlahan-perlahan dan kembali ke posisi asal. Senaman ini perlu dilakukan 25 kali setiap anda melakukannya. untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat. Ulang senaman crunches ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


3. Senaman Squat

                      
Senaman ini dipanggil senaman squat. Regangan yang dilakukan semasa melakukan senaman ini dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Peredaran darah yang baik bermakna lebih banyak nutrien dan oksigen sampai ke organ-organ penting. Senaman squat ini juga dapat menyingkirkan bahan buangan dengan baik dan lebih lancar. Tindak balas otot dengan melakukan senaman squat ini dapat memperbaiki aliran cecair di dalam badan seterusnya memudahkan proses pembuangan berlaku. Hal ini akan menyihatkan tubuh badan kita.


4. Tekan tubi ( push up )
                         
Seterusnya adalah tekan tubi atau lebih dikenali sebagai push up dalam golongan remaja masa kini. Push up merupakan satu gerakan yang umum. Ia mampu dilakukan oleh golongan lelaki mahupun wanita. semasa melakukan push up, beberapa otot pada tubuh badan kita iaitu bahagian bahu, dada, dan lengan bekerja kuat. Mereka yang sering melakukan senaman tekan tubi ini terbukti mempunyai otot jantung yang lebih kuat berbanding dengan mereka yang tidak melakukan senaman tekan tubi. Gerakan semasa melakukan tekan tubi ini membuat otot jantung bekerja lebih banyak sehingga aliran darah dalam badan menjadi lebih kuat. Dengan itu, darah akan dipam keseluruh tubuh badan dengan lebih lancar. Seterusnya, masalah metabolisme yang menyebabkan berat badan berlebihan, timbunan lemak pada bahagian-bahagian tertentu dan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan dapat dikawal. Gerakan dalam senaman tekan tubi ini memancing gerakan penting pada bahagian otot dada, lengan dan bahagian bahu untuk meningkatkan sistem metabolisme dalam badan. Dengan itu, penyakit dapat cegah seterusnya mengekalkan berat badan kita. Akhirnya, dengan melakukan banyak gerakan, risiko osteoporisis dapat dikurangkan.


5. Pemakanan yang seimbang
                       
Selain daripada melakukan aktivit fizikal untuk kekal ramping dan sihat. kita juga perlu menyeimbangkan pemakanan kita. Makanan yang seimbang adalah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah kita perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengambilan pemakanan yang sebegitu menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Hal ini kerana, kekurangan zat makanan yang tertentu menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami. Oleh itu, gaya pemakanan yang seimbang amat penting untuk kekal sihat dan bertenaga.


6. Khasiat air putih
                       
Kebiasaannya, meminum air yang mengandungi kadar gula yang tinggi merupakan salah satu faktor berat badan berlebihan dan masalah kegemukan. Memilih air mineral sebagai air minuman adalah cara yang palinh efektif kerana air putih tidak mengandungi gula yang akan menyebabkan kadar kalori dalam badan meningkat. Satu kajian menunjukkan bagi mereka yang minum air putih dalam jangka masa panjang mencegah kenaikan berat badan.


7. Tidur Berkualiti



Kita disyorkan untuk tidur tujuh hingga 8 jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Tidur yang berkualiti boleh menurunkan berat badan anda. " Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar", kata Evelyn Tribole, MS, RD. Makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Seterusnya, dengan tidur dengan lebih awal, anda akan bangun dengan keadaan yang segar dan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa-apa aktiviti anda lebih produktif.


Kesimpulannya, melalui amalan-amalan dan tips yang diterangkan diatas, kita dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan seterusnya mengekalkan berat badan ideal dan kekal ramping. Ianya boleh berlaku mengikut kehendak seseorang. Jika kita mahukan kesihatan yang berpanjangan kita perlulah berusaha kearah tersebut dengan cara-cara yang tertentu. Tips-tips yang saya kongsi adalah sangat bermanfaat untuk kegunaan mereka yang inginkan tubuh badan yang ramping dan sihat. Seperti kata Desiderius Erasmus, ' prevention is better than cure ' .  Lebih baik jika kita mengelakkan diri dari penyakit daripada kita mengubatinya. Saya berharap tips yang saya kongsikan dapat digunapakai oleh semua pihak.


SUMBER RUJUKAN :-
  • https://hellosehat.com/tips-memanfaatkan-air-putih-untuk-menurunkan-berat-badan/
  • http;//says.com/my/seismik/kebaikan-squat-untuk-wanita
  • http;//akuislam.com/blog/fakta-menarik/cara-kekal-kurus-dan-sihat/
  • http;//www.greenvitamin.net/2014/11/tips-kekalkan-berat-badan-ideal.html?m=1
  • http;//dietdietsihat.blogspot.my/2014/12/7-kebaikan-berjalan-kaki/html?m=1