REFLEKSI DIRI
Alhamdulillah dan syukur saya ucapkan kehadrat Ilahi kerana semasa mengikuti Program Matrikulasi sesi 2016/2017 ini saya berkesempatan untuk mempelajari satu subjek yang tidak pernah saya terfikir iaitu Kemahiran Dinamika. Pada mulanya, saya tertanya-tanya apa yang akan dipelajari dalam subjek tersebut. Saya mengambil subjek Kemahiran Dinamika ini di semester 2. Mula sahaja sesi pembelajaran bagi semester 2, saya mula bertanya kepada kawan-kawan yang mengambil subjek ini di semester 1. Mereka berkata, melalui subjek ini, kita akan diajar tentang diri, personaliti, keyakinan kebolehan dan sebagainya. Sebagai contoh, mereka diminta untuk menyediakan video yang bertemakan kemerdekaan. Saya mula berasa seronok kerana saya suka bahagian-bahagian yang melibatkan komputer. Guru bimbingan saya bagi subjek ini ialah Puan Noorlida. Pelbagai pengetahuan yang saya peroleh menerusi subjek ini
Pada perjumpaan yang pertama. Kami diminta untuk menyediakan video pengenalan diri untuk dipamerkan didalam kelas. Saya rasa sungguh teruja kerana bidang video dan komputer ini sangat saya minati. Saya rasa bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Pada hari yang sama juga saya meminta tolong kawan saya iatu Nurul Auni untuk membantu saya membuat rakaman. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana dengan tugasan yang pertama ini saya dapat mengenali diri saya dengan lebih lagi. Saya belajar cara untuk membuat video. Saya belajar cara untuk mengedit video supaya ia tampak lebih jelas dengan suara yang didengari. Rakaman ini ditayangkan pada perjumpaan kedua kami. Pada mulanya saya berasa malu untuk mempamerkan hasil kerja saya yang tidak seberapa dengan kawan- kawan yang lain. Selepas semua rakaman ditayangkan, alhamdulillah Puan Noorlida memberi komen yang sangat membina diri. Komen-komen yang beliau berikan dapat membangunkan diri seseorang.
2. Mempelajari Adab Protokol
Sesi perjumpaan yang seterusnya, kami mempelajari adab-adab protokol yang betul. Kami diminta oleh Puan Noorlida untuk mencari maklumat tentang protokol secara berpasangan. Pada mulanya, saya berfikir, di dalam majlis ada protokol-protokol kah? Selepas mencari maklumat yang dikehendaki. Kami diminta untuk melakukan tunjuk cara di dalam kelas. Saya mendapat bahagian cara duduk yang betul. Pada masa itu, barulah saya mengetahui tentang protokol dan adab yang perlu ada semasa bearada di dalam majlis. Saya merasakan mempelajari tentang protokol ini adalah hal yang sangat remeh-temeh. Kerana subjek ini dijadualkan pada waktu pagi iaitu pada pukul 8 pagi hingga 9 pagi. Dengan rasa mengantuk yang masih berbaki, saya rasa tentang protokol ini sesuatu yang sangat remeh. Tetapi sesuatu yang remeh itulah dipandang oleh orang sekeliling.
3. Tugasan Berkumpulan - "Kempen Study Smart"
Pembelajaran yang seterusnya, kami diminta bekerja dalam satu kumpulan untuk menyiapkan projek yang kami beri tajuk sebagai " Kempen Study Smart - Adaptasi Cara Belajar Yang Betul ". Seperti biasa saya merasa sangat teruja kerana tugasan ini melibatkan penggunaan aplikasi di dalam telefon bimbit, kamera dan komputer ataupun laptop. Setelah mendapatkam tajuk yang sesuai, kami mula mengagihkan tugasan nengikut kehendak dan kecenderungan yang dimilik. Saya memilih untuk menjadi jurukamera dan juruedit. Tetapi apa yang sangat saya tidak berpuas hati adalah apabila ahli kumpulan saya datang lewat dan tidak menghadirkan diri apabila perjumpaan bagi menyiapkan video ini diadakan. Memandangkan kami mempunyai pengarah projek yang lemah-lembut, saya mengambil alih sedikit tugasan beliau dengan berkata jika ada yang tidak libatkan diri dalam menyiapkan projek ini, kehadiran dikira kosong. Saya minta maaf kawan-kawan tetapi jika saya tidak berbuat begitu mustahil projek yang kita jalankan siap pada waktu yang telah ditetapkan. Seterusnya kami mula membuat rakaman hari demi hari. Alhamdulillah berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan kami telah membuahkan hasil. Rakaman yang dirancang siap direkod dan diedit. Walaupun kami mempunyai jumlah ahli yang sedikit, kami telah buktikan yang kami mampu lakukan projek ini.
Selepas rakaman berjaya dihasilkan. Kami diminta oleh Puan Noorlida untuk melakukan majlis pelancaran projek kami ini. Pada masa ini saya tidak berasa gemuruh kerana saya diberi tugasan untuk menjaga bahagian teknikal komputer semasa majlis sedang dijalankan. Kami menjalankan majlis mengikut adab protokol yang kami pelajari pada awal perjumpaan dahulu. Alhamdulillah ilmu tersebut dapat diguna pakai. Tamat sahaja majlis tersebut, Puan Noorlida tampil untuk memberikan komen. Komen yang diberikan sangat berguna walaupun pada mulanya Puan Noorlida ada memberi komen tentang editing video tersebut. Tetapi saya ambil komen tersebut sebagai satu dorongan untuk saya perbaiki kelemahan.
Tugasan yang seterusnya ialah kami diarah untuk mencari maklumat tentang tips-tips pembangunan diri. Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk memikirkan tajuk yang sesuai dengan diri saya. Akhirnya saya memilih " Tips Kekal Ramping Dan Sihat " sebagai tajuk pengucapan awan saya. Saya memilih tajuk ini kerana saya sendiri ingin memotivasikan diri saya kerana saya tidak mempunyai struktur tubuh badan yang ramping seperti yang diidamkan oleh wanita-wanita. Saya mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan tajuk saya dibeberapa laman web dan membandingkan maklumat tersebut. Kami diminta untuk menyediakan slide tentang tajuk yang dipilih. Sekali lagi saya berasa teruja dalam sedikit terpaksa untuk menyediakan slide tersebut kerana saya rasa subjek ini telah mengambil sedikit masa saya yang digunakan untuk membuat latihan tutoran subjek teras. Tetapi saya cuba untuk menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Seterusnya, kami diminta untuk mempersembahkan tips pembangunan yang dipilih. Perkara inilah yang sangat saya takuti kerana ianya perlu berdiri di hadapan orang ramai ( rakan kelas dan guru ) dan bentangkan maklumat dan dapatan saya. Saya berasa sangat gementar sehingga terlupa isi-isi dan fakta yang sepatutnya saya terangkan. Tetapi saya telah cuba lakukan dengan baik. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui kelemahan-kelamahan yang ada dalam diri saya. Dengan itu, saya boleh memperbaikinya dengan kaedah yang lain.
Kesimpulan yang dapat saya buat disini adalah, mempelajari sesuatu yang kita tidak tahu merupakan perkara yang penting. Hal ini kerana kita dapat menambah pengetahuan kita. Dengan mempelajari subjek Kemahiran Dinamika ini saya dapat mengenal diri saya dengan lebih lagi disamping dapat menambah pengetahuan. Saya rasa bersyukur kerana subjek ini diajar di dalam Program Matrikulasi ini. Ia merupakan sebagai panduan untuk kita hadapi kehidupan di alam Universiti dan alam pekerjaan.
done... huraianyg baik dan gambaran sgt jelas...congratz dia
ReplyDeletemaaf laaa typo...congratz dear.. hahaha
Delete