TIPS KEKAL RAMPING DAN SIHAT
Kesihatan diri merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Pepatah Inggeris ada mengungkapkan bahawa kesihatan adalah kekayaan kerana seandainya kita jatuh sakit, kita tidak dapat merasai nikmat dunia. Dengan itu, kita haruslah mengambil langkah yang tepat untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Disini saya akan berkongsi beberapa tips yang mudah dan tidak perlu menggunakan duit yang boleh digunakan untuk kekal ramping dan sihat.
Sebelum membaca isi-isi dibawah, anda perlu mengetahui maksud osteoporisi. Osteoporisis adalah kemorosotan kepadatan normal tulang yang akan menyebabkan tulang menjadi rapuh. Masalah ini menyebabkan risiko tulang retak atau patah meningkat.
- Berjalan kaki

Berjalan kaki telah terbukti akan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Dengan berjalan kaki, ia melatih otot jantung berfungsi dengan baik. anda boleh berjalan disekeliling rumah, di dalam rumah ataupun melakukan turun naik tangga. Berjalan kaki juga dapat membantu tubuh badan membakar lemah yang berlebihan seterusnya mengekalkan berat badan yang ideal. Selain itu, seneman berjalan kaki ini boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes. Satu kajian dalam British Medical Journal menunjukkan berjalan kaki setiap hari boleh membantu mengelakkan kencing manis.Berjalan kaki juga dapat mengurangkan risiko osteoporisis. Berjalan kaki merangsang dan menguatkan tulang dan meningkatkan kepadatan tulang.
2. Senaman Crunches

Seterusnya adalah senaman yang dinamakan crunches. Senaman crunches ini lebih kepada pembentukan abdomen di bawah perut. Senaman ini sesuai untuk perut tidak kira lelaki mahupun wanita. Dengan melakukan senaman crunches ini, lemak sukar terbentuk dibahagian perut seterusnya merampingkan pinggang. Terdapat pelbagai teknik senaman crunches yang boleh dipraktikkan antaranya ialah crunches asas seperti gambar di atas. Anda perlu baring di tempat yang rata. Letakkan tangan di bahagian belakang leher atau silangkan didada. Tarikh nafas dan angkat bahagian belakang badan anda perlahan-perlahan dan kembali ke posisi asal. Senaman ini perlu dilakukan 25 kali setiap anda melakukannya. untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat. Ulang senaman crunches ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
3. Senaman Squat

Senaman ini dipanggil senaman squat. Regangan yang dilakukan semasa melakukan senaman ini dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Peredaran darah yang baik bermakna lebih banyak nutrien dan oksigen sampai ke organ-organ penting. Senaman squat ini juga dapat menyingkirkan bahan buangan dengan baik dan lebih lancar. Tindak balas otot dengan melakukan senaman squat ini dapat memperbaiki aliran cecair di dalam badan seterusnya memudahkan proses pembuangan berlaku. Hal ini akan menyihatkan tubuh badan kita.
4. Tekan tubi ( push up )

Seterusnya adalah tekan tubi atau lebih dikenali sebagai push up dalam golongan remaja masa kini. Push up merupakan satu gerakan yang umum. Ia mampu dilakukan oleh golongan lelaki mahupun wanita. semasa melakukan push up, beberapa otot pada tubuh badan kita iaitu bahagian bahu, dada, dan lengan bekerja kuat. Mereka yang sering melakukan senaman tekan tubi ini terbukti mempunyai otot jantung yang lebih kuat berbanding dengan mereka yang tidak melakukan senaman tekan tubi. Gerakan semasa melakukan tekan tubi ini membuat otot jantung bekerja lebih banyak sehingga aliran darah dalam badan menjadi lebih kuat. Dengan itu, darah akan dipam keseluruh tubuh badan dengan lebih lancar. Seterusnya, masalah metabolisme yang menyebabkan berat badan berlebihan, timbunan lemak pada bahagian-bahagian tertentu dan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan dapat dikawal. Gerakan dalam senaman tekan tubi ini memancing gerakan penting pada bahagian otot dada, lengan dan bahagian bahu untuk meningkatkan sistem metabolisme dalam badan. Dengan itu, penyakit dapat cegah seterusnya mengekalkan berat badan kita. Akhirnya, dengan melakukan banyak gerakan, risiko osteoporisis dapat dikurangkan.
5. Pemakanan yang seimbang

Selain daripada melakukan aktivit fizikal untuk kekal ramping dan sihat. kita juga perlu menyeimbangkan pemakanan kita. Makanan yang seimbang adalah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah kita perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengambilan pemakanan yang sebegitu menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Hal ini kerana, kekurangan zat makanan yang tertentu menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami. Oleh itu, gaya pemakanan yang seimbang amat penting untuk kekal sihat dan bertenaga.
6. Khasiat air putih

Kebiasaannya, meminum air yang mengandungi kadar gula yang tinggi merupakan salah satu faktor berat badan berlebihan dan masalah kegemukan. Memilih air mineral sebagai air minuman adalah cara yang palinh efektif kerana air putih tidak mengandungi gula yang akan menyebabkan kadar kalori dalam badan meningkat. Satu kajian menunjukkan bagi mereka yang minum air putih dalam jangka masa panjang mencegah kenaikan berat badan.
7. Tidur Berkualiti
Kita disyorkan untuk tidur tujuh hingga 8 jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Tidur yang berkualiti boleh menurunkan berat badan anda. " Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar", kata Evelyn Tribole, MS, RD. Makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Seterusnya, dengan tidur dengan lebih awal, anda akan bangun dengan keadaan yang segar dan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa-apa aktiviti anda lebih produktif.
Kesimpulannya, melalui amalan-amalan dan tips yang diterangkan diatas, kita dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan seterusnya mengekalkan berat badan ideal dan kekal ramping. Ianya boleh berlaku mengikut kehendak seseorang. Jika kita mahukan kesihatan yang berpanjangan kita perlulah berusaha kearah tersebut dengan cara-cara yang tertentu. Tips-tips yang saya kongsi adalah sangat bermanfaat untuk kegunaan mereka yang inginkan tubuh badan yang ramping dan sihat. Seperti kata Desiderius Erasmus, ' prevention is better than cure ' . Lebih baik jika kita mengelakkan diri dari penyakit daripada kita mengubatinya. Saya berharap tips yang saya kongsikan dapat digunapakai oleh semua pihak.
SUMBER RUJUKAN :-
- https://hellosehat.com/tips-memanfaatkan-air-putih-untuk-menurunkan-berat-badan/
- http;//says.com/my/seismik/kebaikan-squat-untuk-wanita
- http;//akuislam.com/blog/fakta-menarik/cara-kekal-kurus-dan-sihat/
- http;//www.greenvitamin.net/2014/11/tips-kekalkan-berat-badan-ideal.html?m=1
- http;//dietdietsihat.blogspot.my/2014/12/7-kebaikan-berjalan-kaki/html?m=1
done.. info lengkap..
ReplyDelete